Google – Be Internet Awesome PI PPR Kg Muhibbah
17 Disember 2018 | Aktiviti TerkiniPada 16 Disember 2018 telah diadakan Google – Be Internet Awesome PI PPR Kg Muhibbah selama 2 jam bermula pukul 3.00 hingga 5.00 petang. Program ini disertai seramai 8 orang pelajar e-Kelas 2018. Taklimat, penerangan, Kuiz dan tayangan video telah didedahkan kepada para pelajar berkenaan keselamatan ketika melayari internet. Antara input yang telah diberikan pada taklimat kali ini adalah berkaitan Cyberbuli, How Secure You Password & Oversharing di dalam internet.
Pelbagai pendedahan dan langkah pencegahan telah diterangkan kepada para pelajar supaya pelbagai masalah negatif yang boleh didapati di dalam internet dapat disekat. Para pelajar diajar supaya menggunakan internet dengan cara yang betul dan lebih selamat supaya tidak terlibat dengan pelbagai gejala seperti cyberbuli dan oversharing yang boleh menyebabkan keselamatan diri terancam dan menyebabkan kemurungan.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: